Sabtu, 22 September 2012

Raden Ajeng Kartini


Wanita bangsawan Jepara ternyata patut dibagga bangsa
Aku dari jauh terhidu mawar disanggul, betapa wanginya!

Kau sedar kekuatan ilmu membebas jiwa, membina bangsa
Namun, pandanganmu setajam helang, menolak sekerasnya:
Pendidikan yang sibuk melatih anggota, menguat otak
Dan mengabaikan peningkatan adab, lalai mengukuh akhlak!


Jika kau hidup pada zamanku ini Raden Kartini
Tentu kau akan banyak menangis, meratapi
Kaummu wanita tidak lagi mahu terbang tinggi
Mencari ilmu, berbakti perbaiki bangsa sendiri.


Mereka mudah mengulangi slogan manis dari Barat
Sering menghina tradisi sendiri kerana tidak mengerti hikmat
Keluarga pecah berkecai kerana ibu-bapa begitu cuai
Anak-anak melepak-liar walau ibu berijazah pandai

Suasana kebangkitan Islam, ramai Hawa ikhlas menutup aurat
Meningkat ilmu ajaran Nabi, hikmat tabi’i difaham tepat
Walau jawatan tinggi di pejabat, suami di rumah disanjung amat
Namun, kerap terjadi, rambut ditudungi rapat, budi rendah sangat;
Lebih menghairankan: yang jahil, hati gelap, enggan dinasihat.
Dada didedah bangga: aku penafsir Kitab, pembela Muslimat!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Terima Kasih Telah Berkomentar;